ArchivesCategories |
Back to Blog
Selepas pengumuman bajet 2024 oleh PMX baru-baru ini, antara pengumuman penting adalah berkaitan dengan penambahan bajet untuk Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dari RM3 Billion pada tahun 2023 kepada RM10 Billion bagi tahun hadapan. Pengumuman ini semestinya memberikan harapan kepada rakyat yang belum memiliki kediaman untuk berkira-kira mendapatkan rumah pertama mereka. SJKP adalah sebuah skim perumahan bertujuan untuk membiaya warganegara Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membeli rumah pertama. Contohnya golongan petani, pekerja gig dan pengusaha kecil yang ingin memiliki rumah SJKP seperti perumahan kos rendah atau sederhana sama ada yang sedang dalam fasa pembinaan, siap sepenuhnya, lelong mahupun rumah yang terjual. Inisiatif sebegini sudah tentu membuatkan anda lebih bersemangat untuk mencapai impian memiliki rumah pertama anda kan? Bak kata pepatah, ibarat bulan jatuh ke riba! Berita baik kepada rakyat Kelantan yang ingin memiliki rumah. Koperasi Usahawan Hartanah Negeri Kelantan antara yang menawarkan Skim ini kepada warga Kelantan yang ingin memohon rumah pertama mereka. Dengan beberapa penambahbaikan dari skim sedia ada, Koperasi berbesar hati untuk membantu rakyat Kelantan terutama golongan peniaga atau yang bekerja sendiri untuk memiliki rumah dengan lebih mudah. Melalui Skim Rumah Pertama Kelantanku yang ditawarkan, pembeli tidak perlu mengeluarkan wang untuk membayar booking, deposit, yuran guaman, perjanjian jual beli dan lain-lain yang biasanya mencecah berpuluh-puluh ribu ringgit. Pendek kata, hanya perlu bayar pinjaman rumah secara bulanan sahaja.
Peniaga atau yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap hanya perlu mengemukakan beberapa dokumen seperti penyata bank, Lesen SSM, Surat Pengesahan Pendapatan. Melalui kerjasama bank-bank tempatan, pembeli TIDAK PERLU mengemukakan Cukai Pendapatan untuk memohon pinjaman. Permohonan boleh dibuat melalui ejen jualan Koperasi Usahawan Hartanah Negeri Kelantan yang berdaftar sahaja.
0 Comments
Read More
Leave a Reply. |