Skim Rumah Tanpa Deposit - Kelantan
Koperasi Usahawan Hartanah Negeri Kelantan dengan kerjasama SJKP, Kerajaan Negeri Kelantan dan kontraktor tempatan berbesar hati untuk membantu rakyat Kelantan memiliki rumah pertama dengan tawaran SKIM RUMAH TANPA DEPOSIT - KELANTAN. Dengan skim yang ditawarkan ini, Anak Kelantan khususnya dapat menikmati pembelian rumah tanpa perlu mengeluarkan modal. Hanya perlu bayar pinjaman bulanan sahaja tanpa perlu mengeluarkan wang untuk booking, deposit, kos guaman dan lain-lain.